Wednesday, April 12, 2006

Sejarah Sekolah

Dalam menyingkap lembaran sejarah Sekolah Menengah Pekan Nenas ini, ianya penuh dengan detik-detik yang mencabarkan. Namun demikian, demi keteguhan penganjur dan dedikasinya guru-guru serta kegigihan dan minat penduduk setempat yang menyedari pentingnya pelajaran untuk masa depan anak-anak mereka, masalah-masalah tersebut dilaluinya dengan tenang se-hingga bangunan yang tersergam indah yang kedapatan hari ini terbena.
Kewujudan Sekolah Menengah Pekan Nenas di Pekan Nenas ini, adalah semata-mata untuk memenuhi kehendak penduduk tempatan yang menyedari pentingnya pelajaran untuk anak-anak mereka. Mereka memerlukan kemudah-an pelajaran tersebar diluar bandar bagi mengelakkan dari berlakunya keciciran dikalangan anak-anak yang masih muda usianya selepas tamat persekolahan di sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan.
Mereka juga sedar bahawa penubahan sekolah-sekolah menengah di ban­dar semata-mata tidak akan dapat menampung keciciran. la hanya memberi peluang kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran. Manakala anak-anak gulungan petani akan tetap tertinggal dan mengalami keciciran, mereka tidak akan mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke bandar lantaran kemiskinan. Dan ini bertentangan dengan dasar kerajaan yang ingin memberikan pelajarang kepada semua lapisan masyarakatv Jus­te ru perjuangan yang gigih itu, maka pada bulan Januari 1965, tertubuhlah Sekolah Menengah Pekan Nenas yang berupa sekolah 1anjutan.
Perjalanan pelajaran sekolah ini pada peringkat permulaannya adalah berjalan di Sekolah Kebangsaan Pekan Nenas. Perjalanan kelas di mulakan di waktu petang dengan dua orang guru bertugas iaitu Encik Muktaram bin Rabidin dan Encik Salleh bin Othman.
Penubuhan sekolah lanjutan ini mendapat sambutan dari penduduk tem­patan yang dahagakan pelajaran. Dengan itu jumlah muridnya meningkat dalam masa yang sekejap sahaja sehingga penggunaan bilik darjah tidak mencukupi. Tetapi dengan jasa baik guru besar sekolah Yung Meng, sekolahnya dibenarkan untuk digunakan sementara waktu bagi meneruskan pengajaran. Dengan itu, seminggu kenudian iaitu pada bulan Januari 1965 juga, persekolahan berpindah ke Sekolah Yung Meng, Pekan Nenas. Persekolahan ini berlangsung di waktu petang.
Melalui pertambahan bilangan kelas, maka tenaga pengajar juga telah di tambah oleh pihak pejabat pelajaran. Tenaga pengajar telah di tambah kepada lapan orang. Tetapi oleh kerana persekolahan ini terpaksa menum-pang, maka terdapat beberapa kekurangan. Kekurangan tersebut termasuklah ketiadaan tukang kebun.kerani, pelayan pejabat dan juga guru-guru yang mahir dalam satu-satu bidang. Manakala bilek guru dan pejabat pula amat merimaskan, dan peralatan mengajar tidak lengkap.
Walaupun begitu, dengan kecekalan pihak pentadbiran dan tenaga pen­gajar, pembangunan perkembangan pelajaran di sekolah ini makin bertambah, Kemajuan yang dicapai ini menampakkan kepada keinginan sebuah kawasan dan bangunan sendiri. Hasilnya pada tahun 1966, kawasan bangunan sendiri un­tuk sekolah ini didalam peroses pembinaan dan dalam masa yang singkat sa­haja ianya boleh digunakan (Januari 1967).
Dengan adanya bangunan sendiri ini, jumlah penuntut makin bertambah. Pertambahan ini meningkat kepada empat belas kelas yang terdiri dari dua aliran iaitu aliran Melayu dan Inggeris. Tenaga pengajar juga telah ditambah kepada dua puluh empat orang guru, Dan persekolahan masih lagi di-adakan dua seksi iaitu pagi dan petang.
Dalam tahun 1970, bangunan sekolah ditambah dan dalam pembinaan ter-utamanya untuk menampung kekurangan enam bilik darjah, pejabat guru besar, bilik guru, pejabat, perpustakaan dan kantin, Bangunan ini dapat digunak-an dipenghujung tahun tersebut. Tetapi kemudahan eletrik tidak kedapatan dan terpaksa bergantung kepada janakuasa sekolah.
Sekolah ini buat permulaan mengadakan tingkatan empatnya pada tahun 1969. Manakala sebelumnya, murid-murid sekolah ini yang berjaya didalam peperiksaan S.R.P dan L.C.E, terpaksa dihantar kesekolah-sekolah di Pon-tian. Ditahun 1970 pula adalah buat pertama kalinya murid-murid dari se­kolah ini yang mengambil peperiksaan S.P.M dan M.C.E. ditempat sendiri.
Pentadbiran sekolah ini juga sering bertukar ganti. Dan pada bulan March 1975, Encik Low Chee Kong mulai bertugas di sekolah ini sebagai guru besar yang ketiga. Setelah itu diganti dengan pengetua En Kow Choon Keat dan bermula tahun 2004 diganti dengan Puan Hajjah Zaleha Bte Onn.
Buat masa ini, murid disekolah ini berjumlah 1200 lebih dengan jumlah guru 60 orang. Persekolahan dimulai dari Kelas Peralihan se­hingga Tingkatan Lima. Perjalanan sekolah ini juga tidaklah luput dari kegiatan-kegiatan persatuan-persatuan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home